BAHAGIAN 6

JENIS-JENIS ORDER

Wednesday, April 1, 2009

TRAILING STOP

- TRAILING STOP adalah STOP LOSS yang sangat unik kerana ia akan bergerak mengikut keuntungan yang anda perolehi.

Semakin jauh keuntungan yang anda perolehi, semakin jauh Stop Loss ini akan mengikut di belakang (mengikut jarak yang anda tentukan).

Sekiranya berlaku reversal pada pasaran, Transaksi anda akan terhenti setakat garisan Stop Loss ini sahaja.

Jadi anda masih dapat menutup transaksi dalam keadaan positif (untung) walaupun market sudak berpatah balik.

CONTOH:

-Anda melakukan entry BUY USD/JPY pada harga 90.00. Dan menetapkan Trailing Stop sebanyak 15 point.

-Katakan price bergerak ke 90.15, garisan Trailing Stop Loss (TS)akan muncul di 90.00.

-Sekiranya price meningkat satu pips ke 90.16, maka garisan TS ini akan mengikut juga sebanyak 1 pips dari 90.00 ke 90.01.

-Sekiranya pasaran berpatah balik, transaksi anda akan di tutup pada harga 90.01 (pada garisan TS).

-Bermakna anda masih keuntungan sebanyak 1 pips walaupun pasaran telah berpatah balik. Jika pasaran tidak berpatah balik, garisan Trailing Stop Loss ini akan terus mengikut sebanyak 15 pips di belakang harga semasa.

-Semakin jauh harga bergerak, semakin jauh TS ini mengikut.

- Walau bagaimanapun, TS ada sedikit kelemahan iaitu tidak dapat berfungsi jika anda menutup komputer atau menutup platform.

-Ia akan mula berfungsi semula ketika anda membuka kembali platform trading anda.

STOP LOSS

- STOP LOSS adalah berlawanan dengan Take Profit. Jika Take Profit adalah target keuntungan yang anda mahukan, Stop Loss adalah paras kerugian yang sanggup anda tampung sekiranya berlaku kerugian (reversal) dalam transaksi yang anda lakukan.

- Stop Loss menyelamatkan anda dari terus kerugian seterusnya kehilangan lebih banyak modal.

- Dengan meletakkan Stop Loss, transaksi anda akan di tutup secara automatik jika ia telah mencapai paras kerugian yang telah anda tetapkan.

TAKE PROFIT

-TAKE PROFIT bermaksud anda meletakkan satu target keuntungan dalam urusniaga anda.

Transaksi akan di tutup serta merta apabila harga telah mencapai target profit anda.

Baki dalam akaun trading anda akan bertambah.

Anda boleh memilih untuk menutup transaksi secara manual tetapi dalam keadaan pasaran yang bergerak laju, platform biasanya akan mengalami masalah untuk melakukan arahan anda.

Jadi adalah lebih baik anda meletakkan satu paras harga sebagai target anda dan anda boleh tinggalkan komputer anda.

- Kebanyakan broker meletakkan had untuk Take Profit (TP) adalah sebanyak 10pips dari harga semasa. tetapi jika anda mendaftar dengan broker IKOfx, anda boleh meletakkan TP serendah 0 pips. ia adalah sesuai untuk trader yang suka scalping iaitu mengambil keuntungan dengan pips yang sedikit tetapi lot yang besar.

SELL LIMIT

- SELL LIMIT pula adalah tempahan untuk anda melakukan urusniaga SELL tetapi pada harga yang LEBIH TINGGI daripada harga semasa.

SELL STOP

- SELL STOP adalah bermaksud anda mahu membuat entry SELL tetapi pada harga yang LEBIH RENDAH dari harga semasa.

Tidak perlu menunggu harga turun ke paras yang anda mahukan untuk SELL, anda boleh pending SELL STOP.

Kemudian anda boleh pergi ke mana-mana yang anda suka kerana platform akan menguruskan transaksi SELL untuk anda apabila harga turun mencecah paras harga yang anda mahukan.

BUY LIMIT

- BUY LIMIT adalah berlawanan dengan Buy Stop. Jika Buy Stop kita tempah harga lebih tinggi dari harga semasa, BUY LIMIT adalah tempahan untuk BUY pada harga LEBIH RENDAH daripada harga semasa.

CONTOH:

Harga USD/JPY adalah 90.00, tetapi anda tidak mahu BUY pada harga ini, sebaliknya anda mahu tunggu harga turun sedikit sehingga 89.50 untuk mula BUY.

Anda tidak perlu tunggu di depan komputer anda sehingga harga turun ke tahap 89.50.

Anda hanya perlu pending ‘BUT LIMIT’ pada harga yang anda mahukan, dan anda boleh tinggalkan komputer anda.

Urusniaga BUY akan dijalankan secara automatik sekiranya harga turun dan mencecah harga yang anda mahukan

BUY STOP

- BUY STOP adalah order untuk anda membuat entry BUY pada harga yang LEBIH TINGGI daripada harga semasa.

CONTOH:

Harga USD/JPY sekarang adalah 90.00, tetapi anda tidak mahu BUY pada harga ini, anda mahu BUY pada harga yang lebih tinggi iaitu 90.50.

Maka anda perlu pending ‘BUY STOP’ pada harga USJ/JPY 90.50. Sekiranya harga telah mencecah 90.50, urusniaga BUY anda akan di mulakan.

CLOSE ORDER

CLOSE adalah order untuk anda menutup position yang anda buka (BUY/SELL). Sekiranya anda telah berpuas hati dengan keuntungan yang anda perolehi, dan ingin menutup transaksi tersebut secara manual.

- Anda hanya perlu ‘right click’ pada transaksi anda di platform, dan pilih ‘Close Order’.

- Transaksi anda akan ditutup serta merta. Selagi anda tidak membuat apa-apa order lain setelah menutup transaksi (position) tadi, modal anda tidak akan di’kacau’ oleh sesiapa.

SELL

- SELL adalah order untuk menjual matawang base dan dalam masa yang sama membeli 1 unit matawang quote.

- Anda hanya perlu menekan butang ‘SELL’ pada platform untuk membuat order tersebut. Urusniaga anda akan dilaksanakan serta merta pada harga semasa.

- SELL perlu dilakukan apabila trend pasaran menurun, kerana semakin rendah harga pasaran berbanding harga yang kita SELL, semakin banyak keuntungan yang kita perolehi.

BUY

- BUY adalah order untuk kita membeli matawang base (USD/JPY), dan dalam masa yang sama kita akan menjual 1 unit matawang quote (USD/JPY).

- Anda hanya perlu menekan butang ‘BUY’ pada platform untuk membuat pembelian. Urusniaga anda akan di laksanakan serta merta pada waktu tersebut.

- Order BUY harus dilakukan pada waktu trend menaik kerana semakin tinggi harga naik berbanding harga kita BUY, semakin tinggi keuntungan yang kita perolehi.

PENGENALAN ORDER

Dalam urusniaga Forex, tidak hanya ada order BUY dan SELL sahaja.

Ada lagi beberapa jenis order lain yang perlu kita ketahui. Terdapat dua (2) kategori penting dalam order iaitu INSTANT ORDER dan juga PENDING ORDER.

INSTANT ORDER

- Instant Order adalah order yang transaksinya dilaksanakan serta merta.
Dalam instant order pula terdapat 3 jenis order iaitu:

- BUY
- SELL
- CLOSE

PENDING ORDER

PENDING ORDER adalah order yang dibuat dahulu tetapi dilaksanakan kemudian.

Ia sama seperti tempahan.

Transaksi akan dilakukan apabila harga pasaran mencecah harga yang ditempah oleh trader.

Selagi harga pasaran sesuatu pair tidak mencecah harga tempahan trader, urusniaga ini tidak akan dilaksanakan.

Terdapat beberapa order di dalam Pending Order iaitu BUY STOP, BUY LIMIT, SELL STOP, SELL LIMIT, TAKE PROFIT, STOP LOSS, dan juga TRAILING STOP.